Perak Hari Ini

Perak Ada Pontensi Besar, Bakal Beri Saingan

IPOH:Perak mempunyai potensi yang besar untuk kembali memberikan saingan kepada dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia dapat disaksikan menerusi persiapan awal oleh pasukan The Bos Gaurus malah perlawanan persahabatan yang berlangsung membuktikan kemampuan barisan pemain tempatan dan import serta potensi anak muda yang turut diakui sendiri oleh ketua jurulatih Mehmet Durakovic.

“Perak mempunyai pemain yang berkualiti yang perlu kita bimbing dengan lebih mendalam dengan teknik profesional, disiplin yang baik, dalam tempoh yang terdekat ini Negeri Perak mempunyai potensi besar dengan memiliki bilangan pemain yang berwibawa.

“Namun dengan syarat mereka perlu mempunyai keyakinan disiplin yang tinggi dalam setiap permainan khususnya dalam bola sepak berdasarkan pasukan luar yang ternama mesti berasaskan kepada disiplin yang tinggi,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi Musim 2018 Pasukan Perak The Bos Gaurus hari ini.

Katanya para pemain perlu bersifat ‘Zero Defect’, yang mana mereka tidak boleh berasa lemah dalam setiap situasi malah ia adalah persiapan bagi sasaran memperolehi sekurang-kurangnya satu piala bagi musim ini.

“Kalau boleh kedua-dua pingat kita capai kerana saya lihat potensi yang sangat besar kerana beberapa tahun lalu Perak sentiasa berada di kawasan hampir tercorot tetapi kita telah menunjukkan kebangkitan semula di tahun lalu dalam musim lalu mencapai tempat kelima dalam Liga Super, Piala Malaysia masuk peringkat separuh akhir,” katanya.

Jelas Zambry lagi, Perak menunjukkan satu perkembangan yang hebat dan diharapkan semangat itu dapat dipertahankan, sehingga mencapai sasaran peringkat akhir dalam piala Malaysia malah bukan sesuatu yang mustahil untuk The Bos Gaurus berada di tangga keatas kelak.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata penajaan bagi musim ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara.

Pafa katanya akan terus berhubung dengan para penaja yang berminat dari semasa ke semasa.

“Penajaan ada peningkatan ketara seperti musim lalu, bagi kali ini barisan penaja utama iaitu Lembaga Air Perak (LAP), aL-ikhsaN,Quest International University Perak dan West Coast Expressway, Perak’s State Secretary Incorporated (SSI) malah Al-Ikhsan sudah memasuki tahun empat penajaan dan pemilihan itu kerana kita ingin kekalkan jenama tempatan,” katanya.

Mengulas mengenai pas bermusim kata Puhat, Pafa tidak bercadang untuk meningkatkan harga tiket dan masih mengekalkan pas bermusim seperti kebiasaan sebagai tanda penghargaan dan adil kepada para penyokong setia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");