Perak Hari Ini

Perak Century Ride Kembali Lagi, 6 Mei Ini

IPOH:Perlumbaan basikal berstatus century ride paling berprestij, Perak Century Ride (PCR) kembali lagi untuk edisi yang keempat pada 6 Mei depan.

Atas permintaan ramai, penganjur masih mengekalkan laluan yang penuh dengan cabaran seperti tahun lalu iaitu bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng.

Dari RTC Perak di Gopeng, pelumba akan melalui pekan Gopeng, Kuala Dipang, Tualang Sekah, Malim Nawar, Tanjung Tualang, Changkat Tin, Kampung Gajah, Memali, Lambor Kanan, Changkat Melintang, Bota Kanan, Titi Gantong, Bukit Kota, Gelung Pepuyu, pekan Beruas, Dendang, Talang, Tanjung, Belanja, pekan Parit, Kampung Piandang, Bemban, Kampung Pisang, Istana Kellie dan menamatkan perlumbaan di RTC Perak di Gopeng.

Menurut Pengerusi Program PCR 2018, Sharudin Not, secara keseluruhan laluan perlumbaan landai manakala kawasan berbukit hanya di laluan Gelung Pepuyu ke pekan Beruas.

Selain mengekalkan laluan yang sama seperti tahun lalu untuk kayuhan sejauh 160 kilometer, penganjur juga buat julung kalinya telah memperkenalkan kategori baharu perlumbaan iaitu untuk mountain bike dan folding bike.

“Dua kategori baharu itu bertujuan memberi peluang kepada peminat mountain bike dan folding bike untuk turut mengambil bahagian dalam kategori terbuka untuk bersama-sama merasai cabaran berkayuh sejauh 160 kilometer dan menghadkan 1,500 peserta sahaja untuk perlumbaan kali ini,” katanya di sini

Beliau turut berkata, penganjur akan mengekalkan penganjuran terbaik PCR setelah mendapat pujian banyak pihak ketika penganjuran edisi tahun lalu.

“Ini merupakan cabaran buat kami dan mahu mengekalkan pengiktirafan yang diberikan menerusi kawalan oleh polis trafik dan marshal yang berpengalaman bagi memastikan pelumba dapat berkayuh dengan lancar dan selamat,” katanya.

Menurutnya, PCR 2018 mendapat kerjasaman dan sokongan daripada kerajaan negeri Perak, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Perak, Fama dan Persatuan Berbasikal Perak.

Bagi keterangan lanjut dan maklumat terkini mengenai PCR 2018 boleh diperoleh di Facebook rasmi penganjur, Perak Century Ride 2018 atau menghubungi penganjur di talian 019-4311000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");