Perak Hari Ini

Perak Lancar SUKMA XIX 2018, ‘Chor’ Jadi Tumpuan

IPOH:Kemunculan maskot diberi nama ‘Chor’ antara yang mencuri tumpuan orang ramai pada gimik pelancaran SUKMA XIX Perak 2018 hari ini.

Pelancaran temasya sukan edisi ke-19 tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bakal bermula pada 12 hingga 22 September ini.

Chor merupakan maskot rasmi SUKMA XIX 2018 bagi mengantikan maskot pada sesi penganjuran pada tahun 1994 iaitu ‘Yeop’ dan gimik pertukaran ‘tugas’ maskot tersebut antara kelainan ditampilkan pihak penganjur pada kali ini.

Perak selaku tuan rumah Sukma 2018 bertemakan ‘Wow! Kita Hebat’ bagi edisi ke-19 kali ini akan melibatkan sebanyak 26 sukan dan 369 acara yang akan dipertandingkan di kesemua 12 daerah di negeri ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M.Saravanan, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sukma Perak 2018, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.serta barisan exco kerajaan negeri.

Zambry semasa menyampaikan ucapan berkata temasya sukan tersebut merupakan satu titik permulaan bagi kegemilangan acara sukan di Perak selain peluang mengukir kejayaan cemerlang bersama atlet Perak.

“Hanya berbaki 234 hari lagi penganjuran SUKMA kali ini dan kita mengambil pendekatan menganjurkannya di seluruh kawasan 12 daerah di negeri ini, jadi setiap daerah akan dapat merasai kemeriahan sukma,” katanya.

Katanya setelah penganjuran 24 tahun lalu iaitu bagi edisi kelima pada tahun 1994, Perak kembali diberikan peluang menganjurkan edisi ke-19 pada tahun ini dan bakal menjadi medium memupuk semangat nasional para atlet,pegawai terlibat serta rakyat.

“Sokongan dan kerjasama semua pihak perlu supaya temasya kali ini muncul paling cemerlang dan tiada yang mustahil mengenainya,” katanya.

Zambry turut berharap atlet Perak mampu bangun semula buktikan bahawa dapat raih sebanyak mungkin pingat.

“Sukma perak 2018 bakal menjadi sukan paling viral di media sosial dalam sejarah sukan Malaysia dengan penyertaan sukarelawan seramai 3,000 dari serata negeri.

“Harapan saya supaya atlet negeri ini mampu bersaing dan beraksi cemerlang bagi merealisasikan hasrat menjadi juara SUKMA kali ini,” katanya.

Antara yang mencuit tumpuan kemunculan maskot SUKMA Perak yang diberi nama Chor dan pelancaran logo rasmi serta lagu rasmi SUKMA XIX Perak 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");