Perak Hari Ini

Perkeso Ipoh Bantu Pekerja Hilang Pekerjaan

IPOH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ipoh hari ini menyerahkan bantuan interim Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kepada enam orang penerima daripada sebuah syarikat swatsa yang kehilangan pekerjaan semenjak Disember lalu.

Difahamkan syarikat tersebut telah memberhentikan operasinya pada bulan yang sama.

Pengarah PERKESO Perak, Noorhanita Mohamad berkata, walaupun masih belum terdapat sebarang caruman bagi tahun 2018, namun atas dasar keprihatinan kerajaan kesemua pemohon seluruh negara layak menerima bantuan tersebut sebanyak RM 600 setiap seorang.

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM 135 juta untuk menampung program bantuan interim dan penempatan pekerjaan semula di bawah SIP.

 

“Selepas kita selesai meneliti dan mengesahkan bahawa mereka benar-benar kehilangan pekerjaan, baru merek layan menerima interim SIP ini untuk tempoh 3 bulan.

“Walau bagaimanapun, bagi menentukan kelayakan bagi menerima bantuan pada bulan kedua dan ketiga, mereka harus menunjukkan usaha dalam mencari pekerjaan baru.

“Mereka harus membuat pengisytiharan dalam satu dokumen daripada kita, “ katanya.

Jelasnya lagi, ini merupakan kumpulan yang pertama dan masih terdapat beberapa permohonan bagi bantuan ini dan dijangka diserahkan pada Mac tahun ini.

Mengulas lebih lanjut berkenaan bantuan interim SIP ini, Noorhanita berkata mana-mana pekerja yang berminat boleh membuat permohonan di kesemua enam pejabat PERKESO seluruh negeri seperti di Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Teluk Intan, Tapah dan Seri Manjung.

 

Ujarnya proses permohonan hanya memakan masa sekitar satu ke dua minggu bagi tujuan pengesahan.

Beliau berkata demikan kepada media ketika ditemui pada program Jom Prihatin@ PERKSEO Ipoh, di Wisma PERKESO dekat sini, pada Khamis.

Pada perkembangan sama, Noorhanita berkata bagi tahun 2017, PERESO Perak telah membuat pembayaran kepada penerima faedah yang layak sebanyak RM49.9 juta berbanding pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM45.6 juta.

Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 93.9%.

Jelasnya, antara kes tertinggi yang diterima oleh PERKESO Perak ialah berkaitan kemalangan jalan raya ketika pergi dan pulang daripada waktu bekerja

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");