Berita Hari Ini

Permohonan BR1M 2018 Dilanjut Sehingga 25 Jan Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Jan ini.

“Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

“Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasm Twitter beliau, hari ini.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan  dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula  27 Nov sehingga 31 Dis lepas.

Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");