Isu Panas

Pertahankan Putrajaya – Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan perlu dipertahankan kerajaan sekarang daripada dirampas pihak pembangkang kerana mereka boleh merosakkan negara ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata sudah 60 tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan penuh jaya, memenuhi segala aspirasi rakyat.

“Alhamdulillah, tahap keselamatan, keamanan dan keharmonian negara ini sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan rakyat hidup selesa.

“Rakyat bebas mencari rezeki dan melakukan sebarang pekerjaan tanpa rasa takut kerana keamanan negara yang berkesinambungan di bawah pentadbiran kerajaan BN,” katanya ketika merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Sempena sambutan itu pada 1 Februari ini, sebanyak 17,000 bendera akan dipasang di seluruh kawasan Putrajaya, 39,000 di sekitar Kuala Lumpur dan 2,000 di Labuan.

Tema sambutan pada kali dikekalkan dengan tema sebelum ini iaitu ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’.

Pada sidang media kemudian, Tengku Adnan mengulas mengenai pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berisiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka membuang barang atau sampah dari tingkat atas.

“Pemasangan jaring ini sudah dimulakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terutama di kawasan yang dikenal pasti mempunyai masalah tegar ini akibat sikap penduduk setempat.

“Pemasangan jaring ini akan membabitkan 494 blok PPR yang merangkumi 80,000 unit di sekitar Kuala Lumpur dan segala kos pemasangan jaring ini akan ditanggung sepenuhnya oleh DBKL,” katanya.

Beliau berkata, DBKL juga akan terus menjalankan kempen kesedaran dalam kalangan penghuni dan pada masa sama, akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih mengamalkan sikap yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kita harap sikap seumpama ini dapat dihapuskan kerana ia bukan sahaja membahayakan orang lain, malah boleh meragut nyawa, seperti berlaku di PPR Sri Pantai, baru-baru ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");