Sukan Hari Ini

Piala Asia B-23: Skuad Negara Cipta Sejarah Ke Suku Akhir

PETALING JAYA: Pasukan Bawah 22 Tahun Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila mara ke saingan suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun yang kini berlangsung di China.

Skuad Datuk Ong Kim Swee itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan terakhir bagi saingan Kumpulan C.

Pada perlawanan di Stadium Kunshan ini, gol tunggal negara hadir menerusi jaringan Danial Amier Norhisham pada minit ke-28.

Sebelum ini, skuad negara mencatat seri 1-1 ke atas Jordan manakala tewas 4-1 pada perlawanan pertama kepada Iraq 10 Januari lalu.

Menurut Kim Swee, pada situasi sekarang keputusan adalah lebih penting berbanding bagai mana mereka bermain.

“Pemain menunjukkan sikap berani dalam membuat keputusan dan mara ke suku akhir.

“Ini adalah pencapaian terbaik apabila mereka dapat menentang pasukan hebat bukan sahaja Jordan sebelum ini, tetapi pasukan ‘superior’ Arab Saudi yang sudah beberapa tahun tidak dapat menewaskan mereka,” ujarnya dalam satu rakaman media selepas perlawanan memetik laporan Mstar Online.

Senarai pemain:

Arab Saudi

Amin Al Bukhari
Abdulelah Alamri
Rakan Al Anaze
Abdullah Al-Joui
Mohammed Al Baqawi
Hamdan Al Shamrani
Sultan Al Farhan
Abdullah Al Khaibari
Jaber Asiri FW
Fahad Al Rashidi
Ali Al Lajami

Simpanan
Mujahid Al Mania
Abdulaziz Al Aryani

Ketua jurulatih: Daniel Teglia

Malaysia
Haziq Nadzli
Matthew Davies
Safawi Rasid
Nor Azam Azih
Adam Nor Azlin
Dominic Tan
Danial Amier Norhisham
Irfan Zakaria
Akhyar Rashid
R. Kogileswaran
Syazwan Andik

Simpanan
Akif Syahiran
Jafri Chew Sub
Syamer Kutty Abba

Ketua jurulatih: Datuk Ong Kim Swee

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");