Perak Hari Ini

Pilih Tun M, Pembangkang Buat Reformasi 2.0 Dan Drama Besar

IPOH:Tindakan pakatan pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan seperti ‘Reformasi 2.0’ dan ‘drama’ besar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan itu menimbulkan rasa hairan apabila dahulunya pembangkang melancarkan reformasi bertujuan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

“Pada reformasi pertama seluruh pakatan duduk bersama dengan satu matlamat untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir maka mereka melancarkan gerakan reformasi dan tetapi dalam masa yang sama satu gerakan yang besar seperti melancarkan reformasi 2.0 diwujudkan semula tapi kali ini untuk menaikkan semula Tun Mahathir.

“Keadaan permainan begini tentunya rakyat dapat lihat tentang bentuk parti yang cuba menyakinkan rakyat dengan bertindak mewar-warkan bahawa mereka adalah pasukan parti pakatan yang mempunyai alternatif lebih baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Malah jelasnya, sebelum ini pembangkang telah melemparkan pelbagai kebencian kepada Tun Mahathir hina gelaran ‘Maha Firaun’ juga digunakan atas nama gerakan reformasi mereka.

“Atas nama gerakan reformasi orang yang menjadi musuh nombor satu diangkat digerakkan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Jelasnya Zambry berdasarkan pemerhatian dari sudut pembahagian kerusi adalah berbeza dan pendekatan tersebut lebih kepada mendapatkan respon dan penerimaan orang ramai.

“Sekiranya benar-benar berlaku ternyata agihan yang diberikan paling untung adalah DAP iaitu melibatkan 35 kerusi sebahagian besar DAP sedang pegang kini melainkan beberapa kerusi kecil yang dahulu kalah diberikan untuk bertanding dan ia cuma peringkat Semenanjung sahaja tidak dicampur pada peringkat Sabah dan Sarawak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");