Jenayah

Polis Tahan Suami Isteri Bantu Siasat Kematian Anak OKU

AMPANG – Sepasang suami isteri telah ditahan bagi membantu siasatan mengenai mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang telah dihantar ke Hospital Ampang, tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Bedah siasat telah dijalankan, kita masih menunggu laporan lengkap dan laporan lain. Pemerhatian awal mendapati tiada ‘foul play’ ke atas mangsa.

“Pasangan ini kemudian telah dibebaskan dengan jamin,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerahh Ampang Jaya telah membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");