Perak Hari Ini

Portal Rasmi BN ‘theRakyat’, Boleh Jadi Medium Penyampaian Terbaik

IPOH: Pelancaran theRakyat, yang merupakan portal rasmi BN, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) disifatkan satu langkah bijak bagi menyampaikan maklumat dengan lebih telus.

Portal yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, antara lain mempunyai segmen seperti temu bual, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, infografik, galeri,’soundtrack’ dan manifesto yang menggunakan ciri-ciri terkini dalam memastikan mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Selain itu, portal yang menggunakan slogan ‘Dahulukan Rakyat’ itu akan memaparkan profil dan maklumat mengenai calon BN yang akan bertanding pada PRU14 selain menjadi platform untuk rakyat mengetahui rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Ketua Puteri Umno Perak, Salbiah Mohamed usaha tersebut merupakan satu langkah bijak dan medium penyampaian terbaik mengikut peredaran zaman era ini.

“Saya kira tindakan tersebut adalah satu langkah yang bijak dan medium penyampaian maklumat yang terbaik ketika ini,” katanya ketika dihubungi Peraktoday hari ini.

Jelasnya lagi, isu penyebaran berita palsu juga akan menyebabkan persepsi buruk rakyat semakin tinggi terhadap kerajaan walaupun tindakan telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Namun sekiranya tidak dijawab dengan segera jadi apa yang tidak benar telah menjadi satu yang disifatkan benar bagi pemikiran rakyat,” katanya.

Berikutan itu katanya dengan wujudnya portal BN ini diharapkan sumber maklumat secara terus dapat disalurukan kepada rakyat bagi menangkis penularan berita-berita palsu.

Sementara itu bagi Ketua Biro Pemuda MIC Perak, J.Ganesh berkata sebarang penyebaran berita palsu antara lain bertujuan mengelirukan rakyat selain untuk menghilangkan kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Motifnya hanya untuk peralihan kuasa dan itu matlamat pembangkang malah Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk membantu rakyat malah pembangkang main politik dalam isu tersebut,” katanya.

Jelasnya pihak pembangkang hanya tahu mencari silap dan kekurangan sahaja.

“Salah satu contoh seperti harga minyak petrol, Rafizi terus menghentam dan mendakwa harga minyak tak selaras dengan harga pasaran dan apabila kita ikut harga pasaran tanpa subsidi inilah puncanya kerana dia, seluruh rakyat susah,namun mereka masih belum faham. Jika ingin mentadbir negara kita tidak sepatutnynya keputusan mengikut kehendak masing-masing seperti pembangkang,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran portal tersebut, katanya ia pastinya membantu namun akan mengambil jangka masa yang panjang untuk diterima semua.

Katanya lagi, MIC telah sekian lama berusaha mengatasi masalah media sosial melibakan pelbagai media sosial yang mana antaranya menggunakan pendekatan “Mic Infozone”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");