Perak Hari Ini

Program Jelajah Menteri Besar 2018 Tinjau Perancangan Pembangunan Negeri

SLIM RIVER:Kerajaan Perak sedang dan telah laksanakan Program Jelajah Menteri Besar (PJMB) 2018 yang bermula sejak Januari sebagai langkah tinjauan lanjutan terhadap perancangan pembangunan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program jelajah ke seluruh parlimen dan daerah itu antara lain adalah susulan selepas penganjuran Permukiman Menteri Besar sebelum ini.

“Kita mendapatkan maklum balas tentang pembangunan dan perkara yang belum diselesaikan jadi jelajah ini adalah untuk membuat tinjauan lanjutan terhadap benda yang telah pun dibuat tahun lepas.

“Ia juga berkaitan segala yang telah kita janjikan sama ada ia telah dilaksankan atau sebaliknya,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan di mesyuarat Exco di Pejabat Tanah dan Daerah Muallim di sini hari ini.

Katanya lagi, taklimat telah disampaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga rakyat diwakili wakil rakyat masing-masing.

Jelasnya lagi terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu melibatkan harta benda awam yang dipasang untuk kemudahan awam yang dilaporkan cukup mengecewakan.

“Kita amat kecewa dengan aduan pelbagai pihak yang turut dilaporkan termasuk di kawasan lain di negeri ini.

“Lampu dipasang mengalami kecurian menimbulkan masalah kepada rakyat perilaku seperti ini tidak boleh dibiarkan memohon kepada orang ramai mengesyaki ada unsur-unsur perbuatan mencuri barang harta awam begitu juga kemudahan termasuk kabel komunikasi,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya dapat bekerjasama memaklumkan kepada Kerajaan negeri sekiranya mendapat maklumat mengenai sebarang kejadian kecurian melibatkan harta awam.

“Amat malang bagi mereka yang tidak merasai tanggungjawab terhadap masyarakat keliling kerana ia adalah kemudahan untuk semua ..tetapi ia seperti satu sindiket setiap kali dipasang ia akan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Program PJMB 2018 ini telah berlangsung minggu lalu di Parlimen Parit, Padang Rengas, Teluk Intan dan Tanjung Malim.

Zambry turut mengulangi ketegasan untuk terus mengambil tindakan terhadap sikap sesetengah pihak yang menukar status tanah pertanian kepada ladang ternakan secara haram.

“Kerjasama yang mantap diperlukan antara jabatan supaya tidak berlaku konflik antara dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang hanya memikirkan keuntungan semata kalau tak dibenarkan kita tetap tidak akan benarkan sewenang-wenangnya ikut suka mereka sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");