Beruas- Bersempena Pemukiman Menteri Besar Perak, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Daerah Manjung.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Dato’ Aminudin Hashim berkata, program tangungjawab sosial korporat berkenaan merupakan platform terbaik bagi syarikat tersebut untuk berkongsi sebahagian hasil pendapatan bersama golongan yang memerlukan.
Turut hadir pada program berkenaan adalah pengerusi masjid dan penduduk berhampiran kawasan tersebut.
Penganjuran majlis kenduri ramah mesra bersama penduduk pada petang ini di Masjid Khairul Huda, Kampung Dendang, Beruas selain disamping membantu dari segi peralatan atau kelengkapan yang diperlukan oleh masjid tersebut.
“Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara pihak MB Inc. dan penduduk – penduduk di kawasan ini.
Sehubungan itu katanya, hasil yang diperolehi MB Inc. disalurkan semula kepada Kerajaan Negeri agar dapat digunakan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan ia turut disalurkan secara terus kepada rakyat melalui penganjuran program seperti majlis kenduri ramah mesra bersama rakyat di negeri ini.
Atas sambutan yang mengalakkan, MB Inc. berhasrat untuk meneruskan usahausaha seperti ini di masa hadapan.