Perak Hari Ini

Projek Perumahan Di Chepor, Pemuda UMNO Tambun Minta Hak Bumiputera Diutamakan

IPOH: Pemuda UMNO Bahagian Tambun meminta agar pihak Kerajaan Negeri memastikan projek perumahan di RPT Batu 10, dekat Chepor memperuntukkan sebanyak 75 peratus pemilikan rumah khusus kepada bumiputera.

Ketua Pemuda Tambun, Mohd Ziad Zainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira usaha merancang, melaksanakan malah memantau projek perumahan tersebut terutama bagi kemudahan golongan berpendapatan rendah.

Desakan itu turut dilontarkan pihak Pemuda apabila isu perumahan tersebut telah tular di media baru-baru ini yang turut menyatakan beberapa masalah serta isu berhubung projek berkenaan.

“Tiga perkara yang dinyatakan dalam media sosial iaitu tiada papan tanda dinaikkan bagi memaklumkan pembinaan sedang dijalankan dan berlakunya pergerakan kenderaan berat  melalui jalan kampung hingga menyebabkan penduduk kampung resah dan keadaan jalan juga rosak.

“Turut diketengahkan sikap pihak pemaju yang dikatakan gagal menguruskan sisa pepejal dari kerja yang dijalankan.

“Sisa- sisa pepejal tidak diuruskan dengan baik hingga kini dimana ia telah menimbulkan keresahan penduduk kampung,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Jelasnya lagi, segala perancangan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak menyusahkan orang awam serta penduduk.

“Difahamkan jumlah unit sekitar 530 unit dua blok 18 tingkat disediakan untuk bumiputera dan kerajaan negeri dapat memantau menyediakan rumah tetapi harga yang mampu milik.

“Pembangunan perlu maklumat terperinci kerajaan kena pastikan dan siasat perkara ini malah kita telah putuskan pada mesyuarat perwakilan dahulu, dan tak mahu geopolitik terganggu dikellingi penempatan bumiputera tekankan,” katanya.

Tegasnya lagi, pihak Pemuda sama sekali tidak menentang pembangunan malah perlukan pembangunan penyedian perumahan untuk rakyat bagaimanapun dalam konteks kawasan tersebut peruntukan 75 peratus pemilikan rumah perlu diberikan kepada bumiputera.

Beliau turut memaklumkan telah bertemu salah seorang penduduk di kawasan tersebut dan tindakan Pemuda tampil bersuara adalah kerana keperhatinan mengenai projek perumahan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");