Jenayah

Projek Terowong Dasar Laut: Perunding Kejuruteraan Direman Lima Hari

PUTRAJAYA: Seorang perunding kejuruteraan direman lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari ini bagi membantu siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap wanita berumur 50 tahun itu.

Terdahulu, wanita itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.50 pagi dan dilihat keluar pada pukul 11.30 pagi.

Wanita yang merupakan perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek terowong dasar laut di Pulau Pinang itu ditahan pada 6.10 petang semalam ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Media yang memetik sumber SPRM melaporkan bahawa wanita tersebut dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");