Isu Panas

‘PRU14 Jun Atau Lebih Awal’

KUALA LUMPUR – “Pada Jun depan Parlimen secara automatiknya sudah bubar, jadi kita lihat sama ada kita akan tunggu sehingga Jun atau kita buat lebih awal,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas persoalan mengenai tarikh PRU14, pada sidang media, sebentar tadi.

Najib berkata beliau masih menunggu ‘ilham’ untuk mendapatkan tarikh yang paling sesuai bagi mengadakan PRU14.

“Saya menantikan satu bentuk petunjuk, seperti apa yang orang Melayu katakan sebagai ilham untuk memikirkan masa yang paling sesuai buat kita,” katanya.

Beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn sebentar tadi yang turut sama dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");