Perak Hari Ini

PRU14 Makin Hampir, Zambry Gesa Komponen Parti BN Teguhkan Perpaduan

MANJUNG: Setiap anggota daripada beberapa komponen parti Barisan Nasional digesa memperkukuhkan barisan jentera dan perpaduan antara satu sama lain dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setiap anggota parti juga harus akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti khusus berkenaan isu pemilihan calon.

“Tahun ini tahun Pilihanraya (PRU14). Ia mungkin diadakan sama ada bulan depan, bulan Mac atau mungkin bulan April.

“Kebiasaannya ia tidak terlalu lama dan kita boleh katakan masanya sangat suntuk dan Pilihanraya Umum makin menghampiri.

 

“Oleh sebab itu kita mahu setiap komponen parti Barisan Nasional harus bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan kita dalam PRU14 akan datang ini,” katanya ketika ditemui pada satu perjumpaan bersama-sama penduduk tempatan di Dewan Serbaguna Kampung Sitiawan dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Dalam pada itu, Zambry turut menggesa agar rakyat tidak termakan dengan sebarang fitnah dan ‘omong kosong’ daripada pembangkang.

“Kita jangan sesekali terpedaya dengan apa yang pembangkang bawa.

“Dahulu disebut kononya BN akan kalah pada PRU lalu terutamanya di Perak namun, alhamdulillah, kemenangan menjadi milik kita,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");