Berita Hari Ini

Qatar, Sudan Meterai Kerjasama Dalam Pendakwaan Awam

KHARTOUM – SUDAN. Qatar dan Sudan telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pendakwaan awam untuk bertukar-tukar maklumat berkaitan undang-undang, peraturan, peruntukan dan sistem keadilan jenayah serta melatih pegawai pendakwa, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Mou itu telah ditandatangani di sini pada Rabu oleh Peguam Negara Qatar, Dr Ali Fetais Al Marri, dan Peguam Negara Sudan, Maulana Omar Ahmed Mohammed.

Dr Ali berkata berdasarkan kerangka kerjasama dua hala, pegawai pendakwa kedua-dua negara akan bertukar-tukar lawatan untuk memperoleh manfaat daripada pengalaman masing-masing dalam bidang siasatan dan kehakiman serta bertukar-tukar pengalaman memandangkan pendakwaan awam Qatar memiliki 16 tahun pengalaman.

Menurutnya, selepas bertahun-tahun, Qatar akhirnya berjaya menggantikan pendaftaran dengan siasatan elektronik satu eksperimen yang akan dipindahkan ke Sudan untuk memperoleh manfaat daripadanya.

Dr Ali turut memuji hubungan berterusan antara Sudan dan Qatar dalam semua bidang serta berkata lawatan beliau ke Sudan adalah bertujuan menyokong badan kehakiman negara itu dalam semua bentuk selain mempromosi kerjasama dua hala dan koordinasi bersama lapor Bernama.

Beliau memuji pembentukan pendakwa awam bebas di Sudan sambil menekankan bahawa ia adalah satu langkah di landasan yang betul ke arah sokongan terhadap institusi-institusi negara, undang-undang serta kebebasan badan kehakiman sepenuhnya daripada cawangan eksekutif dan perundangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");