Berita Hari Ini

Qatar Tolak Keputusan Israel Kenakan Undang-Undang

DOHA – QATAR. Qatar menolak sepenuhnya keputusan Parti Likud yang memerintah Israel untuk mengenakan undang-undang rejim itu di petempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang mereka duduki serta aneksasi kawasan terbabit kepada Israel.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Menteri Luar Qatar berkata keputusan itu merupakan satu pencabulan yang serius ke atas hak-hak rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) lapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut pelaksanaan keputusan tersebut akan melemahkan usaha antarabangsa untuk melaksanakan penyelesaian dua negara selaras dengan terma-terma rujukan antarabangsa seperti ditetapkan serta Inisiatif Keamanan Arab.

Kementerian itu turut menggesa komuniti antarabangsa mengambil tanggungjawab dan memaksa Israel untuk menghormati resolusi legitimasi antarabangsa.

Kenyataan itu mengulangi pendirian tegas dan tetap Qatar dalam menyokong perjuangan Palestin serta ketabahan rakyatnya bagi memastikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");