Membawang Hari Ini

Rab Khalid (Yeh Sekupang) Dilaporkan Sedang Tenat

BERITA kematian pelakon Rab Khalid yang dikenali dengan watak Yeh Sekupang dalam filem-filem arahan Mamat Khalid yang tersebar sebelum ni awal tengah hari tadi adalah tidak benar.

Namun Rab atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, kini dilaporkan tenat di CCU, Hospital Ampang.

Perkembangan tersebut dikongsikan salah seorang kenalannya di laman Facebook yang kini sedang menziarahi beliau di hospital lapor Sinar Harian.

Keadaan Rab dilaporkan tidak stabil sejak tengah malam semalam dan kini sedang mendapat rawatan doktor.

Kita doakan yang terbaik semoga proses rawatan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Rab Khalid pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rumah Pusaka di Simpang dan lain-lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");