Berita Hari Ini

Rajinikanth Kunjungi PM Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth yang membalas lawatan Perdana Menteri di Chennai, pada Mac tahun lalu.

“Sangat menggembirakan dapat bertemu Thailava @superstarrajini lagi hari ini. Kali ini di Malaysia. Nikmati masa anda di sini,” katanya menerusi Tweet yang dikongsi bersama umum, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Thalaiva dalam bahasa Tamil bermaksud ketua atau dirujuk sebagai bos dan legenda yang menunjukkan tanda hormat kepada seseorang individu.

Aktor berusia 68 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri Festival Natchathira Vizha 2018 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Rajinikanth bakal menyertai 250 penggiat industri hiburan Kollywood termasuk Kamal Haasan dan artis tempatan untuk bertemu kira-kira 30,000 penonton dalam acara yang dijangka berakhir jam 10 malam nanti.

Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali yang turut menyenaraikan aktor tempatan seperti Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.

Dalam lawatan terbabit, Rajinikanth yang baru mengumumkan penyertaannya dalam politik dengan menubuhkan parti baru, turut menyatakan hasratnya bertemu Perdana Menteri.

Rajinikanth atau ‘The Boss’ yang sudah bergelar aktor sejak lima dekad lalu, hingga kini sudah membintangi lebih 150 filem.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");