Perak Hari Ini

Rakan Alam Siber: Inisiatif Kerajaan Negeri Memerangi Jenayah Siber

KUALA KANGSAR: Dalam usaha memerangi jenayah siber khususnya di dalam kalangan belia, kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif ‘Rakan Alam Siber’ di semua sekolah seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhamad Amin Zakaria berkata perkara tersebut merupakan cetusan idea daripada Pertubuhan Wanita Prihatin Perak.

Katanya, murid-murid yang terlibat terlebih dahulu akan diberi pendedahan dan penerangan menerusi sesi-sesi ceramah, sebelum dilantik sebagai Rakan Alam Siber.

 

“Kita tidak mahu golongan remaja terlibat dengan mana-mana jenayah siber ini.

“Oleh itu, inisiatif Rakan Alam Siber ini boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada kita, sekolah mahupun pemimpin-pemipin masyarakat terhadap perkembangan jenayah siber yang berlaku.

“Tujuan kita memilih remaja adalah kerana mereka ini paling dekat dengan golongan muda yang lain yang mungkin ada segelintirnya berpotensi terlibat dalam jenayah ini (dan dapat dibendung dengan lebih awal) seperti contoh jenayah ponografi siber, dadah, dan sebagainya,” katanya.

 

Dalam pada itu ujarnya, walaupun keadaan jenayah siber dikalangan belia di negeri ini masih terkawal dan terpencil namun ianya tidak boleh diambil ringan.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penutup Program Pencegahan Jenayah Siber Terhadap Remaja Peringkat Daerah Kuala Kangsar di SMK Clifford, dekat sini, hari ini.

 

Program yang berlansung selama sehari ini disertai 500 orang pelajar melibatkan 13 buah sekolah di daerah ini.

Pakar Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Affandi Hashim antara yang hadir dalam memberi ceramah pada program berkenaan.

 

Pada ucapan penutup majlis, Muhamad Amin kemudiannya mengishtiharkan pelajar yang hadir sebagai Rakan Alam Siber.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, Datin Norma Hanum Ibrahim yang ditemui berkata program ini merupakan penganjuran kali kedua selepas diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis Ipoh pada November lalu yang melibatkan 600 orang pelajar.

Katanya, pertubuhan tersebut sedang merancang bagi memperluaskan program ini ke seluruh negeri dan selepas ini ia akan menyasarkan murid-murid di kawasan Kinta Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");