Isu Panas

Rakyat Perlu Ambil Iktibar Ditadbir PAS 1999-2004: MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu diingat mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi sepanjang tempoh ditabdir PAS dari 1999 hingga 2004, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata kesilapan itu perlu dihindari dengan memastikan ia tidak berulang lagi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Antara kezaliman dilakukan PAS ketika itu ialah menghalau kanak-kanak tadika Kemas, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada rakyat yang dikenal pasti penyokong UMNO dipotong dan penggunaan wang zakat untuk pembiayaan pengajian anak-anak Exco PAS.

“Terengganu kini berada di landasan yang betul, tiada sebab untuk tukar (kerajaan negeri ditadbir Barisan Nasional) kerana ada banyak lagi agenda pembangunan untuk membantu rakyat yang perlu diteruskan.

“Beri peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan perjuangan kerana tiada lagi kerajaan yang sebaik Barisan Nasional (BN) berbanding parti-parti yang lain (untuk memerintah),” kata Ahmad Razif, menerusi laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang yakin PAS dapat merampas semula Terengganu pada PRU14.

Ditanya berhubung langkah Parti Amanah Negara akan bertanding di tiga kerusi Parlimen di Terengganu, Ahmad Razif berkata BN Terengganu tidak gentar untuk berdepan mana-mana lawan pada PRU14.

“Bagi kita (BN) tak ada masalah, satu lawan satu atau 10 lawan satu, tiada masalah…jentera kita Insya-Allah sudah siap sedia dan paling penting kita nak tunaikan semua janji-janji kita kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Razif merasmikan Karnival Jom Sihat anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu dengan kerjasama Kelab Lions Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");