Jenayah

Rani Kulup Buat Laporan Polis Terhadap Mahfuz

KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa memperlekehkan dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

Laporan oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dilakukan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini hari ini.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, isu berkaitan institusi diraja tidak sepatutnya menjadi bahan dalam ceramah politik.

“Ceramah politik boleh, tapi jangan sentuh institusi diraja. Itu satu tindakan biadab yang membangkitkan kemarahan rakyat,” katanya, menerusi laporan Utusan Online.

Laporan tersebut dibuat berikutan klip video ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan berdurasi 6.38 minit tular di laman media sosial.

Dalam ceramah tersebut, Mahfuz mengulas kewajaran Tun Dr. Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");