Jenayah

Rasuah: ASP, Inspektor Direman Empat Hari

RASAH: Dua pegawai polis ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes meminta rasuah sebanyak RM3,500 daripada seorang ahli perniagaan pada Khamis lalu.

Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd. Saini selepas menerima permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Riduan Kadri.

Memetik laporan Utusan Online, kedua-dua pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Serdang berpangkat inspektor berusia 33 tahun dan asisten superintenden (ASP) berumur 38 tahun, tidak diwakili peguam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta SPRM iaitu penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Menurut SPRM, inspektor itu didakwa menghubungi ahli perniagaan terbabit pada Khamis lalu dan meminta wang rasuah sebanyak RM3,500 sekiranya lelaki itu tidak mahu pekerjanya yang ditahan kerana memiliki telefon bimbit curi dituduh di mahkamah.

Walau bagaimanapun, ahli perniagaan tersebut bertindak membuat laporan kepada SPRM Negeri Sembilan berhubung perkara itu.

Bertindak atas laporan berkenaan, SPRM mencekup inspektor berkenaan di hadapan sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor pada pukul 9.38 malam semalam dan menemukan wang berjumlah RM3,500.

Hasil siasatan lanjut, suspek kemudian mengaku sebanyak RM2,000 daripada wang tersebut akan diserahkan kepada pegawai atasannya berpangkat ASP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");