Jenayah

Rasuah Kabel, 2 Lagi Ditahan

SEREMBAN: Dua lagi kakitangan Telekom Malaysia (TM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pengeluaran kabel dari gudang syarikat telekomunikasi itu.

Sumber berkata, SPRM menahan dua lelaki yang masing-masing berjawatan pembantu pegawai teknik berusia 30 tahun dan 29 tahun di sebuah premis syarikat itu di Johor Bahru masing-masing pada jam 4.25 dan 5.30 petang.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki menerima rasuah daripada sindiket jual beli kabel sebagai balasan untuk membawa keluar kabel secara haram untuk dijual di pasaran.

“Mereka adalah suspek kelapan dan kesembilan ditahan oleh SPRM Negeri Sembilan berhubung siasatan kes itu,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurhayatie Mohd Saini, membenarkan kedua-dua suspek direman enam hari bagi melengkapkan siasatan selepas permohonan dikemukakan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Khairi Abdul Karim, pagi tadi.

SPRM sebelum ini melakukan operasi besar-besaran di ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan selepas mendapat maklumat TM kerugian antara RM4 juta hingga RM6 juta akibat pengeluaran kabel secara haram dari gudang syarikat itu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");