Berita Hari Ini

Rasuah: TPM Thailand Umum Sedia Berundur Jika Didapati Bersalah

BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwan sedia meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Memetik laporan Bernama, beliau turut menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah kerajaan di sini, hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata, beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kataPrawit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");