Sukan Hari Ini

Real Madrid Dinasihat Tidak Tunduk Tuntutan Ronaldo

BEKAS pemain Real Madrid, Manolo Sanchis menasihatkan kelab lampaunya itu supaya tidak tunduk kepada tuntutan Cristiano Ronaldo dalam proses untuk memperbaharui kontraknya.

Menerusi laporan mStar Online, ujarnya lagi, kelab itu juga tidak seharusnya menuruti kata pemain cemerlang itu walaupun diugut untuk meninggalkan pasukan berkenaan.

Laporan media Sepanyol sebelum ini menyebut Ronaldo masih dalam proses perbincangan dengan Presiden Real, Florentino Perez.

Setakat ini, tiada kata putus dibuat antara kedua pihak kerana Perez dikatakan enggan menawarkan tambahan gaji lumayan kepada penyerang Portugal itu.

Kata Sanchis, kelab itu tidak semestinya menaikkan gaji Ronaldo, malahan ia tidak berlaku ketika Alfredo Di Stefano meninggalkan pasukan itu.

“Madrid tidak semestinya menaikkan gajinya,” kata Sanchis kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope.

Katanya, jika Real Madrid tidak menyerlah musim ini, bermakna dia tidak perlu lagi berada dalam pasukan.

Sanchis adalah bekas pemain pertahanan Sepanyol yang menyumbang tenaga dalam pasukan Real Madrid dan turut membantu pasukan menjuarai lapan gelaran liga serta dua kejohanan antara 1983 dan 2001.

Ketika ini, Real Madrin turun 19 mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan menduduki tangga ke empat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");