Sukan Hari Ini

Real Makin Tenggelam: Marcelo

MARCELO mengakui Real Madrid sedih dan mula hilang keyakinan selepas ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Juara bertahan, Real, terus bergelut dalam saingan domestik semalam apabila sekadar seri 2-2 dengan Celta Vigo, sekaligus merekodkan empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam saingan LaLiga.

Gareth Bale menjaringkan dua gol untuk menafikan gol pembukaan Daniel Wass, bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan seri selepas Maxi Gomez menanduk masuk gol penyamaan pada penghujung permainan.

“Kami sangat sedih dan semakin tenggelam,” kata Marcelo, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Kami berusaha untuk keluar daripada keadaan ini dan masih lagi berusaha. Tetapi kami tidak menyukainya.

“Ia adalah satu perkara yang sukar kerana lebih banyak perlawanan anda seri atau tewas, lebih banyak tekanan yang harus dihadapi.

“Kami akan berusaha melakukan yang terbaik, menjaringkan gol adalah sesuatu yang harus dilakukan dalam setiap perlawanan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");