Sukan Hari Ini

Real Menang Selesa

MADRID: Dua jaringan penalti membolehkan Real Madrid mencapai kemenangan selesa 3-0 menentang pasukan divisyen dua Numancia dalam pusingan pertama 16 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Gareth Bale salah seorang pemain dalam kesebelasan utama yang beraksi di Estadio Los Pajaritos menjaringkan penalti pada minit ke-35 selepas Lucas Vazques dikasari dalam kotak penalti oleh Carlos Gutierrez.

Galacticos cemas pada minit ke-76 selepas Inigo Perez merampas bola daripada Marcos Llorente dan merembat kencang namun bola terkena palang gol.

Satu lagi penalti dijaringkan pemain gantian Isco pada minit ke-88 selepas Vazques dikasari pada lewat separuh masa kedua dan gol ketiga hasil jaringan Baroja Mayoral melalui tandukan jarak dekat seminit selepas itu.

Numancia kini memerlukan keajaiban untuk mara ke suku akhir apabila berkunjung ke Bernabeu pada 10 Januari.

Dalam perlawanan lain Leganes menewaskan Villarreal 1-0 di tempat sendiri dan Levante menang 2-1 di Espanyol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");