Sukan Hari Ini

Real Sedia £500 Juta Untuk Tiga Pemain Liga Perdana

REAL Madrid merancang untuk menggempur beberapa kelab Liga Perdana pada musim panas dengan peruntukan £500 juta.

Gergasi Sepanyol itu merancang untuk menandatangani tiga pemain bintang baharu dan bersedia untuk melenyapkan rekod perpindahan dunia dengan perjanjian £200 juta untuk Eden Hazard dari Chelsea dan mendapatkan Mauricio Pochettino sebagai pengurus.

Sementara penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane turut akan ditawarkan £200 juta dan penjaga gol Manchester United, David de Gea £100 juta.

Real ketinggalan 19 mata dari pemimpin La Liga, Barcelona tetapi sudah tidak menghabiskan banyak wang untuk membeli pemain selama hampir empat tahun.

Kebimbangan terbesar kelab Sepanyol mengenai serangan Liga Perdana termasuklah daripada Kane, dengan imej bersihnya, dan dia dianggap sesuai dengan profil pemain yang dikehendaki Florentino Perez.

Tetapi ada keraguan di pihak Madrid mengenai hubungan Kane dengan Tottenham, dan tarikan bermain di stadium baru Spurs musim depan, akan menyebabkan dia jauh untuk dijangkau.

Spurs juga menjelaskan bahawa walaupun dengan adanya bidaan rekod dunia ia tidak akan menarik perhatian mereka untuk berpisah dengan Kane, bagaimanapun membawa masuk ‘sifu’ dan mentornya, Pochettino mungkin mengubah pendirian Kane.

Pengurus semasa Real Zinedine Zidane yang telah dikaitkan dengan Paris Saint-Germain ketika masa depannya masih samar pula mahukan Hazard.

Tetapi minggu ini pemain dari Belgium itu menyangkal dakwaan bapanya bahawa dia telah menolak tawaran kontrak Chelsea untuk menunggu bidaan Real.

Keperluan mendesak untuk penjaga gol juga timbul dan keinginan kelab ini untuk mendapatkan De Gea bukan rahsia.

Real begitu yakin bahawa mereka dapat menandatanganinya pada musim panas 2015, tetapi gagal.

Real juga telah membariskan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois sebagai pilihan kedua jika United menuntut lebih dari £100 juta untuk De Gea. -mailOnline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");