Jenayah

Remaja Maut Kena Kerusi Jadi Kes Bunuh: KP KL

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, kelmarin sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata, Unit Siasatan Tempat Kejadian Forensik (CSI) Polis Kuala Lumpur, telah mengambil sampel DNA pada kerusi berkenaan dan lima dari 31 saksi yang ditemu bual dan dirakam percakapan berhubung kejadian itu,untuk dibuat analisis.

“Polis sedang menjalankan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis KL meminta kerjasama orang ramai jika ada maklumat mengenai kejadian ini atau sebarang bahan bukti kes ini. Orang ramai juga  diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan maklumat hendaklah disalur kepada pihak polis.

“Maklumat boleh salurkan ke Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Firdausi Shahril, di talian , 012-3388164/03- 90516222 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields Deputi Superintendan Tony Lunggan 014-6225262,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");