Berita Hari Ini

Remaja Palestin Tampar, Sepak Tentera Didakwa Bahaya: Mahkamah Tentera Israel

TEBING BARAT: Remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel akan kekal dalam tahanan hingga perbicaraannya berakhir.

Mahkamah tentera Israel dalam keputusannya semalam mengenepikan hujah bahawa penahanan berkenaan mencabuli hak asasi remaja berusia 16 tahun itu dan memutuskan bahawa beliau akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai jika dibebaskan.

Peguamnya, Gaby Lasky ketika ditemui berkata, prosiding perbicaraan akan bermula pada 31 Januari nanti dan mahkamah memutuskan untuk menahan remaja itu, selari dengan perbuatannya sebelum ini.

Individu dewasa yang didapati bersalah menyerang anggota tentera boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun namun ia tidak akan berlaku ke atas pesalah juvana.

Menurut laporan BH Online bersumberkan Reuters, Ahed Tamimi ditahan selepas rakaman video beliau menampar anggota tentera Israel di luar kediamannya di sini pada 15 Disember lalu viral di media sosial.

Walaupun penahanan beliau mencetuskan kebimbangan keluarganya, remaja terbabit dianggap sebagai wira oleh rakyat Palestin kerana berani bertindak ke atas rejim anggota Zionis itu.

Sementara itu Pertubuhan Amnesty Antarabangsa yang mendesak remaja terbabit dibebaskan berkata, tindakan dilakukan beliau tidak mencukupi untuk mendatangkan sebarang kecederaan terhadap anggota tentera terbabit, justeru penahanan itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");