Perak Hari Ini

Rumah Pangsa Kotor,Penduduk Perlu Beri Kerjasama

IPOH:Sampah-sarap yang bertaburan di sekitar rumah pangsa Bercham, merupakan pemandangan biasa yang boleh anda lihat sejak Januari tahun lepas.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Aldrich Low Guo Nan berkata, keadaan tersebut berlarutan apabila perumahan tersebut tidak mempunyai Perbadanan Pengurusan (MC) sejak awal tahun lepas.

Berikutan itu timbul pula pelbagai masalah seperti timbunan sampah sarap,tikus berkeliaran, semak-samun, kerosakan infrastruktur dan sebagainya.

“Rumah Pangsa Bercham merupakan kawasan persendirian dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hanya boleh mengambil sampah di kawasan yang disediakan dan tidak boleh campur tangan dalam urusan penyelenggaraan,” katanya.

Malah penduduk mendakwa, penghuni flat berkenaan dengan sewenang-wenangnya mencampakkan sampah dari atas dan perbuatan tersebut bukan sahaja mengotorkan blok berkenaan tetapi turut membahayakan penghuni lain yang sedang berjalan di bawah.

Sebagai langkah penyelesaian jelas Aldrich, satu mesyuarat luar biasa bakal dianjurkan pada 4 Febuari ini pada jam 9.30 pagi di hadapan blok 11 perumahan tersebut bagi mendapatkan persetujuan penduduk untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Bercham.

Terdahulu Aldrich bersama pasukannya turun ke Rumah Pangsa Bercham berjumpa sendiri dengan penduduk di situ sambil mengedarkan notis mesyuarat luar biasa yang akan datang serta menggalakkan kehadiran mereka.

“Kita juga hadir bagi mengumpulkan maklumbalas mereka terhadap Perbadanan Pengurusan baru dan maklum balas terhadap masalah di situ,” katanya.

Jelas Low, Mesyuarat Luar Biasa tersebut sepatutnya diadakan pada hujung tahun lepas, bagaimanapun disebabkan ramai penduduk yang tidak jelaskan yuran serta terdapat pihak tertentu yang membuat bantahan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) perlu merujuk kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan selanjutnya.

“Kini COB membantu penduduk untuk adakan Mesyuarat Luar Biasa pada awal bulan depan bawah Perkara 11(5) Jadual Kedua, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) & Perbadanan Pengurusan baru akan ditubuhkan ketika itu.

“Kami meminta agar penduduk turut hadir Mesyuarat Luar Biasa tersebut demi kepentingan semua, dan bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kawasan kediaman sendiri,” katanya.

Katanya, kebersihan Rumah Pangsar tersebut sepatutnya dijaga oleh pihak Perbadanan Pengurusan dengan mengupah kontraktor khas bagi menguruskannya bagaimanapun nampak keadaan sekitar semakin tidak terurus.

Justeru itu katanya,satu program Gotong Royong akan dijalankan seminggu sebelum mesyuarat luar biasa iaitu pada 28 Januari ini dengan melibatkan semua pihak terutama penduduk di Rumah Pangsa Bercham.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");