Sukan Hari Ini

Salahkan Diri Sendiri: Klopp

LIVERPOOL seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas disingkirkan West Bromwich Albion  3-2  di Anfield dalam saingan Piala FA.

Pengurusnya, Jurgen Klopp menyifatkan kelemahan pertahanan punca utama kegagalan The Reds.

“Memang salah pemain saya sendiri. Mereka melakukan kesilapan tidak sepatutnya, lihat sahaja bagaimana gol kedua lawan terhasil.

“Tidak cukup dengan kelemahan bertahan, kami juga gagal menyempurnakan sepakan penalti dan mereka menghukum dengan gol ketiga. Apa lagi yang boleh dilakukan? Untuk bangkit ketinggalan dua gol bukan satu tugas mudah.

“Saya tidak perlu berbicara soal  West Brom melengahkan perlawanan, kerana pada akhirnya, kami cuma perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan ini,” katanya.

Liverpool terlebih dahulu mendahului menerusi Roberto Firmino minit kelima.

Bagaimanapun Jay Rodriguez memastikan keputusan itu bertahan dua minit sahaja apabila menjaringkan gol minit ketujuh dan menambah satu lagi gol empat minit selepas itu.

Di lewat babak pertama, Reds  sekali lagi dihukum apabila Joel Matip menjaringkan gol sendiri.

Cubaan  tuan rumah bangkit di babak kedua gagal apabila mereka hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja menerusi Mohamed Salah  untuk keputusan kekal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");