Berita Hari Ini

Sampel Kopi Sedang Dianalisis

KUALA SELANGOR: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menganalisis sampel kopi yang dipercayai menjadi punca lima lelaki mengalami gejala letih dan lemah teruk, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata analisis itu bagi mengenal pasti kemungkinan kopi terbabit mempunyai campuran bahan kimia terlarang yang boleh menjejaskan kesihatan mereka yang meminumnya.

“Setakat ini kita tidak boleh dedahkan jenama kopi ini sehingga keputusan analisis dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Kita tidak mahu mereka yang gemarkan kopi campuran terdedah kepada perkara ini. Jika terbukti ia mengandungi bahan terlarang, kita akan arahkan produk ini ditarik dari pasaran,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Beliau berkata demikukan selepas menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuil Subramaiar Swamy, di sini, hari ini, sempena perayaan Thaipusam.

Semalam, dua lelaki dilaporkan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas pening kerana minum sejenis kopi campuran segera.

Kedua-duanya dikatakan mengalami simptom lemah dan letih selepas minum kopi berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");