Perak Hari Ini

‘Santai Baazar@TT5’ Port Lepak Terbaru Di Tanjung Tualang

IPOH: Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya yang berusia ratusan tahun namun kini anda boleh bersantai bersama keluarga dan sahabat handai di ‘Santai Baazar@TT5’.

‘Santai Baazar@TT5’ pastinya memenuhi aktiviti “Santai Hujung Minggu @TT5” yang diadakan setiap hujung minggu, dengan pelbagai gerai makanan juga kehadiran ‘live band’ (setiap Ahad) untuk meriahkan lagi suasana.

Lokasinya di perkarangan Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) dan anda akan dapat lihat beberapa gerai berkhemah menjual pelbagai hidangan mengikut citarasa dan selera orang tempatan.

Peraktoday berkesempatan melawat dan merasai sendiri suasana di ‘Santai Baazar@TT5’ dan mungkin perkongsian ini boleh memberi gambaran jelas kepada anda juga mungkin menjadi salah satu lokasi untuk bersantai kelak.

Baazar ini dibuka pada setiap hari minggu Sabtu dan Ahad pada jam 11 pagi hingga empat petang, berkonsepkan ruang santai dan aktiviti berkumpulan dan keluarga.

Setelah penat meneroka keunikan kapal korek, anda boleh memilih hidangan pembuka selera yang lazat disediakan oleh peniaga terdiri daripada penduduk tempatan kawasan sekitar Tanjung Tualang.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk ke baazar ini tapi bagi pengunjung yang ingin melawat kapal korek unik itu sahaja dikenakan bayaran.

Makanan Enak dan Harga Berpatutan!

Apa yang boleh penulis kongsikan adalah hidangan laksa yang menepati selera dan paling istimewa laksa tersebut dihidangkan dalam piring kaca kepada pelanggan.

Angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati hidangan laksa dengan kuah yang cukup berperisa dalam kuantiti yang banyak serta murah pastinya kunjungan anda ke sini tidak sia-sia.

Bahulu Pak Man juga antara makanan tradisional yang patut anda beli apabila berkunjung ke Baazar ini, malah difahamkan ia menjadi antara produk makanan yang terlaris dibeli disukai oleh kebanyakkan pelanggan.

Bagi yang minat bergambar pula jangan khuatir banyak lokasi bergambar yang unik ada tersedia di sekitar kawasan baazar jadi jangan ketinggalan untuk bergambar Hipster!

Pihak TT5 juga membuka peluang untuk anda diluar sana menjadi sukarelawan di sana jika berminat anda boleh melayari lawan sesawang Facebook untuk keterangan lanjut mengenainya.

Malah bagi peniaga yang diluar sana mencari lokasi baru untuk berniaga mungkin ini peluang buat anda kerana pihak TT5 masih mencari peniaga tempatan yang berminat turut serta di ‘Santai Baazar@TT5’ jadi jangan lepaskan peluang ini!.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti yang diadakan di TT5 anda boleh melayari lawan facebook /www.facebook.com/tanjungtualangno5/dan Instagram @tanjungtualangno5.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");