Sukan Hari Ini

Sathit Temui Formasi Terbaik

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan, Sathit Bensoh sudah mendapat gambaran formasi terbaik buat skuad Kijang Merah mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menerusi laporan BH Online, katanya, pasukan sudah menerapkan beberapa aspek taktikal menerusi perlawanan pramusim sebelum ini dan akan dijadikan ‘ramuan’ untuk saingan tiga penjuru, Piala Super Boost SportsFix Cup di Bukit Jalil.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Thailand itu tetap mengakui masih terdapat kelemahan terutamanya posisi hadapan menyebabkan kegagalan menghasilkan jaringan meskipun banyak peluang dicipta.

“Pasukan masih mempunyai kelemahan penyudah yang menyebabkan kami gagal mendapatkan jaringan. Ia perlu segera dibaiki sebelum menghadapi perlawanan lebih besar nanti.

“Namun dari segi taktikal, pemain sudah mencubanya dari aspek serangan dan pertahanan selain mencipta banyak peluang jaringan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, ” katanya ketika ditemui selepas pasukannya terikat 0-0 dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Mengulas mengenai prestasi pemain import dalam perlawanan terbabit, Sathit berkata, penyerang dari Brazil, Bruno Lopes dan pertahanan, Cassio Fransisco De Jesus belum menemui rentak dan perlu diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Bagi saya Lopes perlu diberikan masa memandangkan dia hanya empat hari berlatih bersama pasukan. Cassio pula menunjukkan semangat juang tinggi dalam perlawanan. Kita tidak boleh ukur dengan satu kesilapan tetapi perlu dilihat kerja-kerasnya dalam pasukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");