Isu Panas

Saya Tidak Lepas Tangan Dalam Isu 1MDB – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, siasatan menyeluruh dan lengkap terhadap syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilakukan kerana ia menyentuh isu perundangan, termasuk membabitkan kerajaan dan pembangkang.

Sambil menegaskan tidak pernah ‘lepas tangan’ dalam segala isu membabitkan 1MDB, Perdana Menteri berkata, isu yang berlaku adalah disebabkan kelemahan aspek tadbir urus.

Namun, apa yang beliau kesalkan berlaku kempen berterusan bertujuan mensabotaj ekonomi demi meraih kepentingan politik dan menjadikan isu 1MDB sebagai alat untuk mendakwa ekonomi negara mengalami kejatuhan.

“Saya tidak akan biarkan begitu saja isu ini. Memang berlaku kegagalan pada syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian.

“Itulah sebabnya saya mengarahkan satu siasatan paling menyeluruh dan lengkap dalam sejarah korporat Malaysia.

“Ia menyentuh isu perundangan pelbagai pihak berkuasa, termasuk kerajaan dan pembangkang dalam Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2018 anjuran Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) dan Maybank, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Ranjit Singh dan Pengerusi Kumpulan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, susulan itu hasil siasatan dibawa ke lembaga pengarah dan ahli lembaga pengarah syarikat dibubarkan, pasukan pengurusan bertukar dan operasinya dikaji semula.

Katanya, 1MDB kemudian mengambil langkah merasionalisasi asetnya yang mana pendekatan agresif diambil untuk mengurangkan hutangnya pada kadar terendah.

Beliau berkata, 1MDB juga menumpukan usaha untuk memastikan aset paling bernilainya, Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kekal sebagai pelaburan menarik kepada pemegang saham serta pelabur.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");