Perak Hari Ini

Sebar Kandungan Jelik, SKMM Siasat Nga Kor Ming

IPOH:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesahkan pihaknya bertindak menyerbu tiga premis yang mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, hari ini.

Memetik sumber daripada satu kenyataan media SKMM serbuan tersebut melibatkan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di tiga premis berkaitan dengan Pengerusi DAP tersebut iaitu di Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh sekitar jam 3 petang tadi.

Ia susulan aduan terhadap Pengerusi DAP Perak itu yang didakwa telah menyebarkan kandungan berunsur jelik menerusi laman media sosialnya.

Malah beberapa peralatan komunikasi turut dirampas untuk siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan,” memetik kenyataan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");