Perak Hari Ini

Selamat Tahun Baru 2018!

IPOH: Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh meneriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

Turut diadakan ialah gimik pelancaran “Touring Perak Board Game” yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Nolee semasa menyampaikan ucapannya berkata Kerajaan Negeri akan terus melipatgandakan usaha bagi mempromosikan keunikan pelancongan di negeri ini.

“Perak telah mendapat pengiktirafan daripada Lonely Planet iaitu Bandaraya Ipoh sebagai destinasi yang keenam terbaik untuk dikunjungi di Asia dan negeri ini dalam kalangan 10 tempat mesti dilawati di dunia untuk tahun 2017 jadi Kerajaan negeri akan menggunakan anugerah diberi ini untuk menarik pelancong kelak,” katanya.

Jelasnya lagi, usaha pengantarabangsaan Perak melalui program bertaraf antarabangsa akan terus dipergiatkan.

“Sampai penghujung 2017 kita akan terus perkemaskan dengan pelbagai strategi kemas kini promosi negeri perak penganjuran lebih 50 acara menjelang tahun hadapan

“Diharapkan Pada tahun ini meningalkan kenangan manis kerjasama yang telah diberikan bagi mengetengahkan perak di mata dunia,” katanya.

Sambutan Tahun Baru 2018 dimulakan dengan kiraan detik orang ramai sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api selama hampir 10 minit.

Terdahulu berlangsung pelbagai persembahan menarik bagi menghiburkan orang ramai sementara mengira detik tahun baru.

Pengunjung yang hadir dimeriahkan dengan persembahan tarian setiap kaum di Malaysia serta persembahan artis tanah air seperti iaitu Nabila Razali dan Datuk Jamal Abdillah.

Pengunjung juga tidak berganjak walaupun keadaan hujan renyai sepanjang acara berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");