Sukan Hari Ini

Serena Tarik Diri Terbuka Australia

MELBOURNE: Bintang tenis Amerika Syarikat, Serena Williams menarik diri daripada menyertai Terbuka Australia akibat masalah kecergasan yang belum pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak perempuan pada September lalu sekali gus tidak mempertahankan kejuaraan.

Pemain berusia 36 tahun itu mengandung lapan minggu ketika menjuarai Terbuka Australia untuk kali ketujuh tahun lalu menjadikan keseluruhan rekod 23 gelaran grand slam dan berehat setahun sebelum melahirkan anak.

Dia hanya sekali beraksi di depan umum tetapi tewas kepada juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko di Abu Dhabi minggu lalu.

Serena bagaimanapun berharap dapat menyertai kejohanan itu namun terpaksa ‘menyerah kalah’ seminggu sebelum kejohanan bermula.

“Jurulatih saya dan rakan sepasukan selalu berkata hanya sertai pertandingan selepas sedia sepenuhnya. Saya boleh bertanding tetapi bukan sekadar menyertainya.

Sebaliknya perlu pamer aksi terbaik dan saya perlukan lebih masa lagi,” kata Serena dalam satu kenyataan.

Serena nama besar terkini yang menarik diri daripada kejohanan pembuka tirai grand slam itu yang bermula pada 15 -18 Januari. Sebelum ini pemain Britain Andy Murray dan bintang Jepun Kei Nishikori menyatakan tidak akan bertanding. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");