Jenayah

Sindiket Jual IC Palsu RM60,000 Tumpas

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya membongkar aktiviti penjualan kad pengenalan palsu bernilai sehingga RM60,000 sekeping dengan tertangkapnya dua ejen utamanya terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohamad Razin Abdullah berkata, suspek lelaki itu ditahan di Tawau Jumaat lalu manakala wanita berkenaan ditangkap di kediamannya di Batu 2 di sini dalam satu operasi khas yang dijalankan.

Katanya, kedua-dua suspek warga tempatan itu telah bergiat aktif menjual kad pengenalan palsu kepada warga Pakistan, Filipina dan Indonesia untuk membolehkan mereka pergi ke Semenanjung mencari pekerjaan.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati dokumen palsu berkenaan dijual pada harga antara RM30,000 hingga RM60,000 terutama kepada warga Pakistan yang terdesak untuk bekerja di Semenanjung.

“Hasil operasi yang dijalankan pada pukul 2 pagi di sebuah kediaman, kami berjaya menangkap wanita berkenaan bersama pelbagai dokumen palsu seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil nikah.

“Suspek lelaki itu pula telah ditangkap dalam operasi berlainan di Tawau pada Jumaat lalu dan telah didakwa di mahkamah,” katanya menerusi laporan Utusan Online, hario ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");