Perak Hari Ini

SMK Malim Nawar Berjaya Hasil Replika Wau Terbesar Di Malaysia

KAMPAR: SMK Malim Nawar hari ini mengukir nama dalam ‘The Malaysia Book of Records’ apabila berjaya menyiapkan replika wau gergasi yang terbesar di Malaysia.

Berukuran 70X75.15 meter, ia berjaya dihasilkan menerusi kerjasama antara sekitar 600 pelajar serta 80 orang yang terdiri daripada guru, staf dan ibu bapa.

Pengarah Projek, Muzafar Saari berkata kerja-kerja menyiapkan replika wau gergasi ini telah dimulakan sejak Disember lalu.

“Selepas diluluskan, kita mula menyiapkan kerangka wau yang dibuat daripada buluh sepanjang 30 kaki.

“Kesemua bahan binaanya kita cuba kekalkan sebagaimana membentuk wau yang sebenar.

“Selain buluh, kita turut gunakan kertas dan gam kanji yang dimasak oleh pelajar dan guru,” katanya.

Selain itu ujarnya, disebabkan faktor cuaca yang tidak dijangka, bahan binaan kertas terpaksa ditukar kepada plastik pada saat-saat akhir.

Muzafar yang juga guru Pendidikan Seni dan Visual berkata projek ini juga merupakan hasil idea dan perancangan awal menerusi kerjasama dengan guru-guru mata pelajaran vokasional.

Beliau berkata demikian kepada media selepas penyempurnaan Majlis Perasmian Projek Rekacipta Replika Wau Terbesar Malaysia di SMK Malim Nawar, dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pegawai The Malaysia Book Of Record, Siti Hajar Johor kepada Pengetua SMK Malim Nawar, Ismail Ebrahim.

Dalam pada itu, Nolee berkata ia merupakan satu pencapaian yang boleh membanggakan negeri.

“SMK Malim Nawar telah membuka lebaran sejarah yang cukup membanggakan dengan berjaya menyiapkan wau gergasi yang terbesar di Malaysia dan kemungkinan di dunia,” ujarnya.

Pada perkembangan sama, beliau turut meluluskan sumbangan dana sebanyak RM5,000 kepada pembangunan sekolah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");