TUMPAT – Tindakan licik penyeludup menyembunyikan daun ketum dalam banglo mewah sebelum diseludup ke negara jiran dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, semalam.
Banglo yang dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kampung Bendang Pak Yong dijadikan transit sebelum daun ketum sebanyak 19 guni diseludup melalui sungai Golok.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, serbuan dilakukan jam 9.15 malam diketuai Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman.
“Pemeriksaan di dalam rumah itu menemui bungkusan lutsinar yang diikat dengan gelang getah mengandungi daun hijau disyaki daun ketum berselerak di atas lantai.
” Sejumlah 19 guni daun ketum seberat 282 kilogram dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM8,460,” katanya.
Ab Rashid berkata, tiada individu di dalam rumah tersebut bagaimana pihak polis giat mengesan suspek terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati daun ketum ini dibawa dari utara untuk pasaran negara Thailand yang tlmendapat permintaan tinggi.
“Siasatan lanjut dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 jika sabit kesalahan boleh dipenjara 4 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
-Sinar Harian