Perak Hari Ini

SUKMA XIX Perak 2018 Akan Jadi Sukan Paling ‘Viral’

IPOH:”Kita mahu menjadikan penganjuran SUKMA XIX Perak 2018 sukan paling viral di negara ini,” begitu harapan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai penganjuran temasya sukan tersebut di negeri ini pada September ini.

Jelasnya, seiring dengan perkembangan media sosial penganjuran sukan tersebut perlu berjaya selain mampu membuktikan semangat serta kekuatan para atlet setelah 24 tahun Perak selaku tuan rumah kepada penganjurannya di negeri ini.

“Pada hari ini juga kita telah memperkenalkan logo, maskot rasmi SUKMA Perak iaitu mengunakan panggilan ‘Chor’ dan panggilan yang digunakan di negeri ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas pelancaran SUKMA XIX Perak 2018 di bulatan Amanjaya di sini hari ini.

Beliau turut berkongsi harapan agar penganjuran kali ini dengan penglibatan semua rakyat Perak bakal menjadi sukan SUKMA paling gemilang pernah diadakan di negeri ini.

“Sebanyak 26 acara melibatkan penglibatan 11,000 peserta dan pegawai serta rakyat untuk bersama-sama menjayakan sukan Sukma dan pertama kalinya kita merancang penganjuran sukan bagi setiap acara diadakan di setiap daerah paling tidak satu acara melibatkan 12 daerah.

“Pendekatan ini dapat agihkan tiada daerah yang tertinggal untuk merasaikan sukma sebelum ini hanya beberapa daerah terlibat,” katanya.

Katanya dalam usaha untuk merakyatkan temasya sukan tersebut, penganjuran acara akan melibatkan setiap daerah biarpun mengakui akan berhadapan dengan masalah logistik kelak.

“Keazaman yang tinggi dan tiada yang mustahil untuk kita namun dengan syarat iaitu mempunyai keyakinan dan displin yang baik selaku tuan rumah acara SUKMA kali ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan para atlet Negeri Perak yang telah terbukti berjaya menyumbang pingat kepada negara serta berada gah di persada antarabangsa dengan menyasarkan pungutan 70 pingat emas.

“Berdasarkan potensi yang ada bimbingan yang baik serta beberapa strategi Negeri Perak akan muncul sebagai juara serta memberi saingan yang kuat dari segi pugutan pingat

“Kita tidak mahu peristiwa di Sarawak dan p
Perlis berulang lagi apabila kita memperolehi pungutan pingat yang kurang memberangsangkan jadi moto wow kita hebat perlu direalisasikan,” katanya.

SUKMA XIX Perak 2018 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini menghimpunkan 14 kontinjen seluruh Malaysia dalam 369 acara yang akan dipertandingkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");