Perak Hari Ini

Sultan Perak Bakal Berangkat Ke Sambutan Tahun Baru Cina Di Bidor

BIDOR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama-sama Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim bakal mencemar duli, berangkat ke majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri yang akan diadakan pada 25 Februari ini.

Turut bakal mengiringi Baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta barisan EXCO kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sambutan perayaan berkenaan kali ini akan diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Choong Hua 2, dekat sini.

 

Beliau yang ditemui di lokasi yang sama pada Isnin berkata acara akan bermula pada jam 7 petang sehingga 11 malam.

Tambahnya, pelbagai aturcara yang menarik akan berlangsung pada hari tersebut dan antaranya persembahan tarian kebudayaan oleh Anthony Meh Kim Chuan.

Selain itu, beliau turut mensasarkan kehadiran seramai 5,000 orang daripada masyarakat berbilang kaum.

Pada masa sama, bersempena dengan sambutan majlis berkenaan, Mah berkata, Majlis Daerah Batang Padang turut bakal menganjurkan program gotong-royong di kawasan ini yang akan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta sewasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), serta penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");