Perak Hari Ini

Sultan Perak Mahu Jawtankuasa Fatwa Beri Ruang Golongan Muda Untuk Berinteraksi

IPOH: Jawatankuasa Fatwa digesa memahami dimensi minda generasi muda serta dapat menyediakan ruang bagi mereka berinteraksi serta mendapatkan penerangan lebih mendalam berkaitan sesuatu fatwa yang dikeluarkan

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bertitah perkara ini perlu dilaksanakan berikutan dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, membuatkan generasi muda kini tidak mudah menghadam sesuatu perkara yang dilontarkan kepada mereka.

“Generasi muda kini dibekalkan kemudahan mendapatkan pelbagai sumber ilmu dan bahan rujukan untuk dijadikan perbandingan.

“Mereka pada hari ini, memiliki daya untuk menyelidik, memiliki keberanian untuk menyoal, serta memiliki kesediaan untuk berhujah.

“Keadaan ini memerlukan pendekatan penerangan yang lebih meyakinkan, sebelum anak-anak muda ini bersedia menerima sesuatu arahan, pandangan, ketetapan ataupun peraturan.

“Keadaan ini semestinya menghamparkan cabaran baru yang memerlukan pendekatan terkini,” titah Baginda, pada Majlis Penganugerahan Watikah dan Penyerahan Cek Zakat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

 

Turut mengiringi Baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri; Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Mufti Negeri Perak; Tan Sri Harussani Zakaria serta EXCO kerajaan negeri.

 

Pada perkembangan sama, Sultan Nazrin turut bertitah agar Mahkamah Syariah meneliti akan pendedahan prosiding kes-kes syariah yang boleh dipaparkan kepada umum tanpa mengaibkan mana-mana pihak, sebagaimana yang selari dengan syariat Islam.

“Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah terutama yang berkaitan dengan isu-isu keluarga dan peribadi hendaklah dipastikan bahawa nama baik anggota keluarga, ibu bapa dan anak-anak terjamin dilindungi daripada disensasikan,” titah Baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");