Berita Hari Ini

AS Tahan Bantuan AS$65j Untuk Palestin

WASHINGTON: Amerika Syarikat menahan dana sebanyak AS$65 juta (RM257 juta) kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk disalurkan kepada Palestin (UNRWA), dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengancam membekukan bayaran.

Pegawai Jabatan Negara AS menegaskan, keputusan itu bukan diambil untuk memberi tekanan kepada pemimpin Palestin, sebaliknya kerana mahu negara lain turut membantu menyumbang dana kepada UNRWA.

Jabatan Negara berkata, AS$60 juta (RM237 juta) daripada pakej AS$125 juta (RM495 juta) akan disalurkan bagi membolehkan agensi berkenaan berfungsi, tetapi bakinya ditahan buat masa ini.

“Ini bukan bertujuan menghukum sesiapa. Kerajaan AS dan pentadbiran Trump percaya beban ini perlu dikongsi bersama

“Kami mahu negara lain, malah negara yang mengkritik AS kerana percaya kami menentang Palestin, supaya tampil menghulurkan bantuan,” kata jurucakap, Heather Nauert.

Trump pada 2 Januari lalu menerusi statusnya di Twitter berkata, AS menyumbang AS$125 juta untuk UNRWA sumber dari AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");