Isu Panas

‘Tahniah’ Kepada Tun M

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berjaya ‘hijack’ perjuangan pembangkang.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar berkata, dahulu pembangkang khususnya PKR wujud untuk memperjuangkan nasib Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kini mereka mengangkat Mahathir pula.

“Tahniah Tun Dr. Mahathir, sebab dapat ‘hijack’ perjuangan pembangkang,” katanya mengulas pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Kedai Harga Patut (IMCoop) Desa Mutiara, di sini sebentar tadi.

– Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");