Jenayah

Tanah Mendap, Kereta Terbabas Hampir Ragut Nyawa Warga Emas

MERSING:Seorang lelaki warga emas bersama-sama keluarganya nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Jemaluang-Mersing, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, kereta dipandu Swee Ah Pang, 60, hilang kawalan apabila berlaku tanah runtuh secara tiba-tiba semasa melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, kenderaan warga emas itu menjunam dalam gaung berkeluasan kira-kira 70 meter dengan ketinggian cerun 15 meter.

“Polis terima panggilan orang awan menyatakan satu kejadian tanah runtuh dan mendap berlaku di Kilometer 16 Jalan Jemaluang-Mersing.

“Dalam kejadian itu sebuah kereta terjatuh dalam gaung. Mangsa bersama-sama penumpang tidak mengalami kecederaan serius dan dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut,” katanya menerusi laporan Utusan Online, hari ini.

Beliau berkata, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan ringan atau berat dan ditutup sepenuhnya.

Katanya, jalan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Jalan Nitar-Jemaluang untuk mana-mana orang awam yang mahu ke Johor Bahru atau Mersing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");